December 6, 2023

Tempat Kerja Masih Penyumbang Tertinggi Kluster Covid-19, Kata DG

2 min read

Malaysia mencatatkan pertambahan 23 kluster Covid-19 dengan 11 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi manakala pendidikan dan pusat tahanan, masing-masing satu kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan lima di Johor, dua di Kelantan manakala Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka, masing-masing satu kluster.

Kluster tempat kerja katanya, Johor, Industri Jalan Gemilang Kluang di Kluang (24 kes), Industri Tanjung Kulai di Kulai (13), Jalan Tembaga Dua di Johor Bahru (13), Jalan Angkasa Mas Utama di Johor Bahru (14), Jalan Bertam Lima di Johor Bahru (16); Kelantan, Industri Jalan Tunjong di Kota Bharu, Machang, dan Tumpat (6), Jalan Padang Tembak 2 di Kota Bharu (24).

“Bakinya, MIEL Batang Kali di Hulu Selangor, Selangor (22); Tapak Bina Jalan Impian Indah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (428); Jalan Ong Yi How di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (20); Industri Tanjung Bruas di Melaka Tengah, Melaka (99).

“Kluster komuniti pula, tiga di Kelantan, Tok Junuh Mahligai di Bachok (13), Kampung Jelutong Gunong di Bachok (16), Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu (8); dua di Sarawak, Kampung Quop di Kuching (19), Kandis Pantu di Sri Aman (6); dua di Sabah, Tembidong Bidong di Telupid dan Beluran (88), Jalan Patikang Ulu di Keningau (17) dan satu di Selangor, Gerachi di Hulu Selangor (29),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kluster kumpulan berisiko tinggi, Jalan Sejahtera Lapan di Klang (5); Jalan Kerayong di Cheras, Kuala Lumpur (47) serta kluster pendidikan, Jalan Maktab 2 di Sepang dan Hulu Langat (25) dan kluster pusat tahanan, Pagar Pasir Puteh di Pasir Puteh, Kelantan (12).

Selain itu katanya, Malaysia merekod kes positif Covid-19 sebanyak 17,150 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 11,326 kes dengan 160 kematian dicatatkan dengan 1,059 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 531 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 195,273 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,326 kes diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045), Sabah (1,002), Negeri Sembilan (809), Pulau Pinang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459) dan Terengganu (429).

“Satu wilayah dan satu negeri mencatatkan kes dua angka Putrajaya (72) dan Perlis (21) manakala Labuan (5),” katanya.

Mengulas mengenai 160 kematian, beliau berkata, Selangor kekal menjadi penyumbang terbanyak iaitu 55 kes, 25 kes di Kuala Lumpur, masing -masing 14 kes di Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing 10 kes di Melaka dan Kedah, lapan kes di Pahang, tujuh kes di Sabah, enam kes di Pulau Pinang, masing -masing empat kes di Kelantan dan Perak, serta tiga kes di Terengganu.

“Kematian melibatkan 94 lelaki dan 66 wanita dengan 20 warga asing, 20 pesakit meninggal dunia di rumah dan 133 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *