August 10, 2022

Jangan Buka Mulut Mengenai Covid – Arahan Pengarah Institut Wuhan Kepada Saintis Makmal

1 min read

Pengarah Institut Virologi Wuhan didakwa mengeluarkan arahan kepada semua barisan saintis di makmal tersebut supaya jangan membuka mulut mengenai Covid-19.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Prof. Wang Yanyi didakwa menghantar emel kepada semua saintis di institut berkenaan meminta mereka tidak menyebarkan sebarang maklumat mengenai koronavirus.

Jelas jabatan itu, butiran emel yang berjaya didapatkan oleh organisasi penyelidikan kajian awam, US Right to Know (USRTK) menunjukkan Yanyi menghantar emel tersebut kepada semua saintis pada Januari tahun lalu.

Yanyi sebelum ini menafikan semua dakwaan mengenai virus Covid-19 yang didakwa dicipta dalam makmal dan tersebar kepada manusia, selain beliau memberi jaminan institut kendaliannya itu ‘selamat 100 peratus’.

Jabatan Negara AS memaklumkan, pendedahan mengenai emel itu juga ditulis oleh seorang penulis blog yang berpangkalan di Guangzhou sebelum penulisan tersebut dipadam.

Sejumlah makmal di Wuhan menjadi perhatian dunia selepas Covid-19 didakwa dihasilkan di satu daripada makmal berkenaan.

Sejak itu, timbul pelbagai teori yang mengaitkan Wuhan dengan asal usul virus Covid-19. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published.