December 8, 2022

Jennifer Aniston Rela Putus Persahabatan Dengan Geng Anti Vaksin

1 min read

Bintang Hollywood popular, Jennifer Aniston berkata dia tidak teragak-agak untuk memutuskan persahabatan dengan sesiapa yang enggan mengambil vaksin Covid-19, lapor akhbar The Mail, semalam.

Aniston,52, berkata, beliau tidak mempunyai masa untuk melayani golongan yang antivaksin dan tidak mahu menerima penjelasan saintifik.

“Kita semua berdepan dengan kepenatan yang sama dalam usaha melawan pandemik global ini dan bila ditawarkan penyelesaian, ramai pula yang berpeluk tubuh hanya kerana terlalu percaya dengan propaganda liar.

“Saya sendiri sudah tidak larat mengikuti perkembangan terkini berkenaan Covid-19. Sejak akhir-akhir ini, saya kehilangan beberapa rakan kerana pendirian mereka yang tidak mahu divaksin,” jelasnya.

Tambah bintang siri Friends itu lagi, tanggungjawab memaklumkan sama ada seseorang itu sudah divaksin atau tidak adalah penting kerana ia melibatkan kesihatan orang ramai.

“Mahu divaksin atau tidak, itu adalah pilihan anda tetapi jangan disebabkan sikap pentingkan diri memberi kesan buruk kepada orang sekeliling,” ujar Aniston – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *