March 28, 2023

Longgarkan SOP Covid-19 Tidak Boleh Terburu-Buru

1 min read

Keputusan mempertimbangkan kelonggaran dan pengecualian pergerakan bagi individu lengkap dua dos suntikan vaksinasi Covid-19 tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim berkata, kelonggaran pergerakan kepada individu yang sudah mendapat pelalian lengkap wajar diberikan selepas tahap liputan vaksin mencapai sekurang-kurangnya 40 peratus.

Ini kerana menurutnya, keadaan semasa di negara lain seperti Israel, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang melaksanakan kelonggaran sama menyaksikan mereka berdepan dengan peningkatan semula kes Covid-19.

“Negara perlu belajar daripada kesilapan mereka dan tidak perlu terburu-buru untuk memberi kelonggaran pergerakan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata pengumuman kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19 akan dibuat hari ini atau esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *