September 24, 2023

Sektor Ekonomi Punca Kes Covid Meningkat – Dr Chong

1 min read

Peningkatan kes positif yang berlaku di seluruh negara ketika ini adalah kesan daripada penularan jangkitan yang berlaku dalam tempoh sebulan yang lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong berkata, kenaikan kes itu berpunca daripada pembukaan lebih banyak sektor ekonomi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dan majlis sosial seperti sambutan hari perayaan.

Beliau berkata, data turut menunjukkan bahawa jangkitan kes dikesan lebih mudah merebak dan lebih agresif disebabkan varian baharu termasuk varian Delta.

“Keadaan itu kemudian menyumbang kepada peningkatan kes yang dikesan di seluruh negara termasuk di Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar khas KKM di sini, hari ini.

Justeru, katanya, KKM telah menambah kapasiti katil serta peralatan perubatan termasuk bekalan oksigen serta hospital medan dalam memastikan setiap pesakit dapat dirawat.

Chee Kheong berkata, tumpuan kementerian kini adalah merawat pesakit pada kategori empat dan lima.

Menurutnya, beliau mahu individu yang mengalami simptom supaya segera menjalani ujian saringan Covid-19.

“Mereka perlu hadir segera ke pusat kesihatan bagi mendapatkan rawatan segera dan jangan takut menjalani ujian saringan Covid-19 jika ada simptom,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *