December 9, 2022

Azizulhasni Awang Berkongsi Gambar ‘Wajib’ Tidur Bersama Pingat

2 min read

Datuk Azizulhasni Awang berkongsi gambar ‘wajib’ setiap kali memenangi pingat dalam kejohanan utama apabila memuatnaik foto dia tidur bersama pingat perak yang dimenanginya dalam acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Perasaan jaguh berbasikal negara itu bercampur baur. Ada sedikit rasa sedih gagal membawa pulang pingat emas dan berulang kali meminta maaf, namun The Pocket Rocketman sebenarnya telah menampilkan aksi luar biasa untuk menghadiahkan perak dalam acara berbasikal yang didominasi oleh Eropah serta Australia.

Membuat penampilan keempat temasya, Azizulhasni berjaya memperbaiki pencapaian gangsa di Rio 2016, namun akur dengan strategi hebat jaguh Great Britain, Jason Kenny yang mempertahankan emas.

“Sudah tentu perasaan saya hari ini bercampur baur. Saya rasa sedih juga kerana saya ke sini untuk memenangi emas dan banyak harapan disandarkan kepada saya memenangi emas selain ini juga harapan terakhir untuk kontinjen Malaysia.

“Semalam, memang saya tidak boleh tidur lena, hanya tidur-tidur ayam saja untuk memikirkan perancangan hari ini namun ia sama sekali tidak menggangu kayuhan saya.

“Di suku akhir, separuh akhir saya memang melakukan dengan baik dan semuanya okey. Tapi kita dapat undian yang agak sukar (final), di kedudukan belakang di belakang Harrie (Lavreysen). Daripada undian itu, sekiranya saya ke hadapan secara awal, ia berisiko kerana ada tiga orang lagi di depan saya manakala Jason Kenny dapat kedudukan lebih baik di depan.

“Ia menjadikan situasi lebih baik untuk dia kerana pelumba Australia (Matthew Glaetzer) meletakkan terlalu banyak ruang dan dia (Kenny) terus berada di depan.

“Saya tidak mempunyai banyak pilihan untuk pergi ke depan dan hanya mampu mencari penamat terbaik. Suka dan duka tetapi inilah sukan, ada waktu turun ada waktu naik.

“Ada ketika kita nak menang tetapi benda tak boleh nak kawal. Tapi saya nak rakyat Malaysia tahu, daripada awal sehinggalah ke final, saya sudah memberikan lebih daripada yang terbaik,” kata Azizulhasni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *