August 12, 2022

KKM Siasat Petugas Didakwa Salah Cucuk Vaksin

2 min read

PUTRAJAYA, 1 Mac -- Vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech yang disuntik menggunakan picagari khas 'Low Dead Volume' (LDV) kepada salah seorang anggota barisan. Kerajaan telah mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi mengelakkan isu ‘potong barisan’ untuk program vaksinasi Covid-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan siasatan berhubung kesilapan petugas yang didakwa memberi suntikan vaksin berbeza kepada seorang penerima di Sik, Kedah pada Khamis lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, biarpun belum ada laporan rasmi daripada penerima vaksin itu, namun pihaknya memandang serius perkara terbabit.

“Berhubung dakwaan yang tular seperti laporan media semalam, KKM masih belum menerima laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dan sekiranya perkara ini berlaku sudah pasti JKN Kedah akan memaklumkan kepada kita.

“Namun begitu satu siasatan menyeluruh akan dibuat berhubung dakwaan itu dan sehingga hari ini, belum ada laporan diterima KKM daripada penerima vaksin terbabit.

“Di Malaysia kita tidak pernah dan tidak bercadang mengamalkan suntikan dua jenis vaksin berbeza, namun di luar negara seperti United Kingdom, kajian campuran vaksin Astra Zeneca dan Pfizer dibuat dan ianya tidak mendatangkan sebarang kesan kepada penerimanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato Zainal Abidin Zin, di sini, hari ini.

Menurutnya, satu kajian akan dibuat berhubung pemberian dos ketiga dari jenis vaksin berbeza, namun masih dalam peringkat perbincangan sebelum dilasaksanakan.

Katanya, menyedari keletihan dan bebanan kerja di PPV, pihaknya menasihatkan petugas bahagian suntikan agar lebih berhati-hati serta memeriksa jenis vaksin dan kandungan dos sebelum melakukan suntikan kepada penerima.

“Petugas bahagian suntikan juga perlu menunjukkan kandungan vaksin yang terdapat dalam picagari sebelum dan selepas suntikan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit seperti beberapa kes yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang wanita berusia 30 tahun mendakwa ibunya berusia 58 tahun menerima suntikan dos kedua dengan vaksin berbeza dan turut dilaporkan media, semalam.

Wanita itu juga mendakwa ibunya yang terdahulu menerima vaskin jenis Pfizer disuntik dos kedua dengan vaksin jenis Sinovac di PPV Dewan Al Hana, Sik, Kedah pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan memaklumkan ibunya tidak mengalami sebarang kesan mudarat selain tidak mahu memanjangkan perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.