December 8, 2022

“Buat Mereka Yang Tak Percaya Dengan Kewujudan Virus Covid-19…” – Nabila Huda

2 min read

Pelakon berkaliber, Nabila Huda, memberi kesedaran kepada segelintir pihak luar sana yang masih tidak ‘percaya’ dengan kewujudan virus Covid-19 ini agar sedar akan kes kematian yang berlaku di sekeliling kita akibat wabak tersebut.

Menerusi entri Instagram, Nabila juga menegaskan kepada mereka yang menyebarkan virus Covid-19 ini tidak nyata, teruskanlah dengan anggapan tersebut sehinggalah mereka sedar akan kehilangan ahli keluarga ekoran virus berkenaan.

Dia memberi kesedaran berkenaaan sementelah rakan baiknya yang juga penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, telah kembali ke Rahmatullah berpunca daripada Covid-19.

“Kepada sesiapa yang rasa Covid-19 ini tidak wujud, saya harap kehilangan ini paling buat kita semua terasa dan dekat pada hati kita. Allah nak tunjuk, Allah juga dah beri kita turut rasa kehilangan dah ini.

“Jika masing-masing masih ada pendapat sendiri tentang Covid-19 ini dibuat-buat, tidak tahulah nak cakap macam mana. Maknanya anda masih hidup dalam penafian.

“Mereka yang sebarkan perkara negatif ini, harap berterusan hidup dalam penafian, sampai satu hari nanti anda akan kehilangan keluarga tercinta disebabkan perkara anda tak percaya ini” coretnya.

Mengulas lanjut, dia juga meminta orang ramai agar membuat janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksinansi kerana baginya itu adalah salah satu cara untuk kita berikhtiar pada masa ini.

“Buat rakan dan keluarga, pergilah vaksin. Bukan kita nak letak seratus peratus kepercayaan, tetapi kita usaha. Walaupun kita tetap berdoa dijauhi, tetapi perlu berusaha juga dengan cara lain.

“Tak perlu fikir jauh sangat, kita usaha sahaja guna jalan apa yang diberi. Tolonglah, berapa ramai lagi kehilangan kita nak lihat sebab Covid-19 ini.

“Tolong janganlah degil, buanglah sikap berfikiran negatif. Sudah-sudahlah itu,” tulisnya menerusi Instastory.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *