December 9, 2022

Covid19 Tular Semula, China Lapor Lebih Banyak Kes Hari Ini

1 min read

China melaporkan lebih banyak kes Covid-19 pada hari ini ketika negara ini memasuki minggu ketiga penularan semula wabak Covid-19.

Beberapa bandar melaksanakan meningkatkan pelaksanaan ujian saringan dalam usaha mengekang jangkitan yang ditularkan secara tempatan.

Varian Delta yang cepat merebak telah dikesan di lebih daripada 12 bandar sejak 20 Julai lalu dan pihak berkuasa tempatan diarah untuk mengesan jangkitan dan melaksanakan sekatan lebih ketat.

Penganalisis melihat varian Delta sebagai ujian terbesar strategi sifar-Covid China sejak wabak awal tahun lalu, menyebabkan pihak berkuasa perlu menghentikan penularannya sebelum ia menjadi tidak terkawal, walaupun dengan kos ekonomi.

Sebanyak125 jangkitan baharu yang disahkan semalam, termasuk 94 kes penularan tempatan, meningkat daripada 96 kes sehari sebelumnya, dengan 81 penularan tempatan, sementara selebihnya kes diimport, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC).

Kebanyakan pesakit tempatan berada di tengah bandar Zhengzhou dan timur bandar Yangzhou, menurut data kerajaan.

Yangzhou telah memulakan pusingan kelima ujian saringan besar-besaran, kata pihak berkuasa bandar itu manakala Zhengzhou dijangka menyelesaikan kutipan sampel ujian saringan bagi pusingan ketiga.

Kes jangkitan tidak bergejala meningkat kepada 39 berbanding 30 sehari sebelumnya.

Namun China tidak mengiktirafnya sebagai kes yang disahkan.

Jumlah kes jangkitan akibat wabak Covid-19 di China meningkat kepada 93,826 sejak ia mula dikesan dengan 4,636 kematian.

– Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *