January 22, 2022

SepatahDua.My

"BANGKIT SEMULA BERSAMA KELUARGA MALAYSIA"

“Kalian, Buatlah Banyak Kenangan…” – Naim Daniel

1 min read

Pelakon dan penyanyi popular, Naim Daniel, menyeru orang ramai agar bersama-sama mencipta banyak kenangan bersama orang tersayang di sekeliling kita selagi mereka masih ada.

Menerusi ciapannya di Twitter, selain merekod dan bergambar dengan orang yang tersayang, Naim juga meminta agar berbual bersama mereka walaupun hal yang remeh.

Hal ini demikian kerana, dilihat pada hari ini ramai yang telah pergi dijemput Ilahi sekelip mata sahaja akibat virus Covid-19 yang semakin ‘mengganas’ ini.

“Kalian, buatlah banyak kenangan. Tangkap gambar orang yang kalian sayang, berbual lah dengan mereka tak kisahlah sekejap atau pun perkara remeh sekali pun.

“Bagitahu mereka yang kalian sayangkan mereka. Nyawa pada waktu sekarang mudah direntap tanpa amaran,” tulisnya di Twitter.

Menerusi entri Instagram, Naim turut berduka setelah mendapat berita pemergian penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi selamanya, pagi tadi.

“Kakak memang seorang kakak, sahabat, ibu serta isteri yang baik. Semua orang senang dengan kakak. Lagu yang adik buat untuk kakak itu, adik simpan ya.

“Suka bila dengar kakak nyanyi lagu itu, sampai setiap rasa. Dari arwah Lok U mainkan piano, kakak nyanyi. Sekarang, Allah bawa kakak balik,” katanya di Instagram.

Sejak kebelakangan ini, kita semua dikhabarkan banyak nyawa yang telah terkorban akibat pandemik Covid-19.

Semalam, sebanyak 360 kes kematian direkodkan sekaligus mencatatkan 10,749 jumlah nyawa telah terkorban akibat wabak berkenaan di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *