August 15, 2022

Buka Sekolah Boleh Sebabkan Sistem Kesihatan Lumpuh – Tok Mat Hasan

1 min read

“Jika keputusan pembukaan sekolah secara menyeluruh dan secara serentak ini dilaksanakan juga, maka ia secara langsung akan meletakkan sistem kesihatan kita pada tahap kelumpuhan yang serius,” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Justeru katanya, berhentilah daripada membuat segala keputusan yang akhirnya mengancam kesihatan dan keselamatan pelajar, guru-guru dan keluarga serta masyarakat.

Mohamad berkata demikian ekoran keputusan Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sekolah pada 1 September akan datang.

Ujar Mohamad perkara itu harus dipertimbangkan semula.

“Bilangan kes Covid-19 dalam negara kita kini pada tahap yang tertinggi pernah direkodkan. Malah negeri seperti Selangor terus merekodkan jumlah kes yang sangat tinggi, melebihi 6000 kes sehari secara konsisten.

“Manakala, di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan jumlah kes harian yang dicatat juga dilihat semakin meningkat dengan mendadak.

“Membenarkan anak-anak kita kembali ke sekolah dalam keadaan sebegini bukan sahaja sangat berisiko, tetapi adalah tindakan culas dan tidak bertanggungjawab,” tegas Mohamad.

Apa lagi bila immunisasi ratusan ribu guru masih lagi belum menyeluruh,” kata beliau.

Malah beliau berkata, kerajaan juga belum lagi melaksanakan immunisasi kepada remaja berumur 12 ke 18 tahun.

“Walaubagaimanapun, bagi kawasan dan negeri yang berisiko rendah dan mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi, pembukaan sekolah secara berperingkat boleh dipertimbangkan seperti di Perlis, Sarawak serta Labuan.

“Bagi negeri lain, pembelajaran secara maya mesti diteruskan dan ditambah nilai buat waktu ini.

“Keputusan kementerian mesti disesuaikan dengan data dan kedudukan jangkitan serta vaksinasi. Pendekatan ‘one size fits all’ dalam keadaan yang sangat luar biasa seperti sekarang mesti dihentikan,” syor Mohamad.

Leave a Reply

Your email address will not be published.