September 27, 2023

Menerusi MOVAK, Lebih 300 Ribu Individu Sudah Dapat Vaksin Covid-19

1 min read

JELEBU: Seramai 300,706 individu di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) sejak ia dilancarkan pada Jun lalu sehingga ke hari ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamad Sadique berkata, menerusi program yang menggunakan 25 buah bas yang telah diubah suai itu, seramai 99,418 individu telahpun lengkap menerima dua dos lengkap vaksin berkenaan.

“Kesemua 25 buah bas ini telah berada di negeri-negeri dan Movak merupakan program yang dilaksanakan sebagai usaha menyokong apa yang sedang dilaksanakan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Seramai 300,706 orang telah menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Movak ini dan daripada jumlah berkenaan seramai 201,288 orang telahpun menjadi penerima dos pertama dan 99,418 lengkap terima dos kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Bas Movak Daerah Jelebu di Dewan Perpaduan Simpang Pertang, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Noor Azmi Yusof.

Tambah Halimah, seramai 300 orang penduduk dari kawasan Simpang Pertang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam program hari ini.

Sementara itu, selepas program berkenaan, Halimah turut menyempurnakan pengagihan 250 kotak makanan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) untuk Parlimen Jelebu dan Jempol.

“Di bawah program ini, Kementerian Perpaduan Negara telah memperuntukkan sebanyak RM12.412 juta bagi menyediakan 73,883 kotak makanan yang akan memanfaatkan 73,883 keluarga masyarakat India di seluruh negara.

“Ini usaha kita untuk bantu masyarakat India dalam kalangan B40 untuk menerima kotak-kotak makanan ini kepada mereka yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *