August 15, 2022

Tiada Varian Lambda Di Malaysia – KP Kesihatan

1 min read

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum mengesan kemasukan varian Lambda ke Malaysia buat masa ini, kata Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, KKM akan terus meningkatkan usaha pelaksanaan penjujukan genomik penuh bagi mengesan sebarang varian membimbangkan sebagai usaha membendung penularan varian tersebut.

“Selain itu, kawalan sempadan amat penting dan perlu diperketatkan untuk membendung jangkitan varian baharu ini dengan memastikan individu yang kembali dari negara yang dikesan ada penularan varian Lambda dikuarantin 14 hari dan dipakaikan gelang pengawasan elektronik.

“Kita turut menjalankan penilaian risiko sebelum membenarkan individu yang pulang dari luar negara untuk bercampur dengan komuniti,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Noor Hisham bagaimanapun melahirkan kebimbangan terhadap varian Lambda itu memandangkan mutasi pada virus mungkin mempunyai kerintangan terhadap vaksin yang digunakan di Malaysia pada masa ini.

“Mutasi berlaku kerana ada jangkitan dan apabila jangkitan virus ini akan masuk ke dalam paru-paru, ia membiak. Kalau banyak pembiakan maka lebih tinggi kemungkinan mutasi berlaku.

“Kebimbangan kita ialah mutasi yang mempunyai kerintangan terhadap vaksinasi yang kita gunakan dan juga ujian yang digunakan tak dapat kesan mutasi varian terbabit,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.