Aligator Serang Dan Gigit Tangan Pelatih Haiwan Ketika Parti Hari Lahir Di Utah
1 min read
Gambar dari petikan video di portal CBS News menunjukkan pelatih wanita berkenaan sedang cuba menarik keluar tangannya dari aligator yang menyerangnya di pusat reptilia Scales and Tails di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat.
Satu majlis hari lahir seorang kanak-kanak yang dibuat di sebuah pusat hidupan reptilia di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat bertukar kecoh apabila seekor alligator menyerang pelatihnya.
Kejadian dikatakan berlaku pada 14 Ogos lepas di pusat reptilia Scales and Tails.
Kejadian itu berlaku pada 14 Ogos lalu di Scales danTails, Utah di bandar raya tersebut, menurut artikel di www.cbsnews.com.
Ketika kejadian, pelatih berkenaan Lindsay Bull, sedang memberikan penerangan kepada pengunjung tentang reptilia itu sebelum tiba-tiba haiwan berkenaan menggigit tangannya dan cuba mengheretnya ke dalam air.
Menurut pemilik pusat reptilia berkenaan Shane Richins, pelatih haiwan itu perlu membuka kurungan alligator berkenaan yang bernama Darth Gator dan sepanjang 8 kaki untuk memberinya makan tetapi hari ini haiwan itu agak agresif.
Seorang lelaki yang juga pengunjung bernama Donnie Wiseman bertindak pantas terjun ke dalam kurungan dan menindih aligator berkenaan sebelum lebih ramai orang turut membantu mengeluarkan tangan Lindsay dari mulut reptilia pemangsa itu.
Aligator merupakan sejenis reptilia besar yang bentuknya menyerupai buaya. Ada tiga jenis spesis Alligator yang masih wujud iaitu Aligator Amerika, Aligator Cina dan Aligator Black Caiman.
Haiwan jenis ini banyak terdapat di Amerika Syarikat.