October 3, 2023

WhatsApp Taliban Sudah Disekat Oleh Facebook

1 min read

Oleh Zainal AS Rashid

FACEBOOK telah bertindak menyekat semua saluran Whatsapp Taliban dan grup rasmi yang didakwa digunakan untuk berkomunikasi.

Akhbar Financial Times memetik seorang jurucakap Whatsapp yang mengesahkan bahawa Facebook dan Whatsapp telah menyekat semua ‘akaun rasmi’ Taliban.

Tindakan itu adalah selaras dengan terma dan syarat penggunaan kedua-dua platform media sosial tersebut berhubung penggunaan aplikasi berkenaan, walaupun di negara asing.

Dasar Facebook yang berpaksi undang-undang sekatan ke atas Afghanistan berkaitan jenayah perang juga sinonim dengan apa yang digariskan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Facebook dan Whatsapp telah berusaha untuk mengekang aktiviti kumpulan-kumpulan ekstrem daripada terus memupuk sebarang kegiatan pengganasan melalui aplikasi dalam talian syarikat tersebut.

Tindakan terbaharu ini juga diambil memandangkan keadaan bahaya yang dikatakan menanti rakyat Afghanistan yang tidak bersetuju dengan penguasaan Taliban ke atas negara itu berikutan kejatuhan kerajaan Presiden Mohammad Ashraf Ghani Ahmadzai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *