October 3, 2023

200,000 Dos Vaksin CanSino Selamat Tiba Di KLIA

1 min read

Sebanyak 200,000 dos vaksin CanSino berbentuk ‘finish product’ telah diterima daripada pembekal CanSino Biologics, China, hari ini.

Vaksin COVID-19 satu dos yang pertama di Malaysia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH361, pada 8.43 pagi, Jumaat.

Menurut Jawatankuasa Akses Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 3.5 juta dos vaksin CanSino telah ditempah melalui penghantaran secara berperingkat.

Ketibaan vaksin tersebut disambut Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata, Sabah antara antara negeri terawal yang akan untuk menerima vaksin CanSino.

Katanya ini bagi memudahkan proses vaksinasi untuk menjangkaui masyarakat di kawasan pedalaman dan pulau-pulau terpencil yang mana mobiliti mereka terkesan oleh keadaan muka bumi yang agak sukar dan jauh.

Malaysia setakat ini telah menggunakan vaksin Pfizer-BionTech, AstraZeneca, Sinovac untuk Program PICK.

Berdasarkan ujian klinikal dijalankan di Pakistan, Vaksin CanSino menunjukkan keberkesanan 65.7 peratus dalam mencegah kes COVID-19 bergejala dan kadar keberkesanan 90.98 peratus dalam menghentikan gejala teruk.

Vaksin CanSino telah digunakan di Pakistan, Mexico, Rusia, Argentina dan Chile.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *