August 12, 2022

37 Peratus Populasi Negara Sudah Lengkap Dos Vaksin Covid-19

1 min read

Sebanyak 37 peratus atau 12,079,978 populasi negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, seramai 17,806,570 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 29,886,548 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 517,692 dos diberikan semalam dengan 180,810 adalah dos pertama manakala 336,882 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.