September 28, 2023

Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia Ke-9, Perdana Menteri Pertama Bukan Presiden UMNO

2 min read

Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera. Foto MALAY MAIL.

 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri ke-9.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.

“Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri turut banyak mencipta rekod semasa dipilih sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan Isnin lepas selepas hilang sokongan bilangan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Beliau mencipta rekod sebagai Timbalan Perdana Menteri paling pantas dilantik sebagai Perdana Menteri. Ismail Sabri juga merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik bukan sebagai Presiden UMNO tetapi sebagai Naib Presiden.

Sebelum ini mengikut tradisi UMNO, Timbalan Perdana Menteri dilantik dari kalangan Naib Presiden parti terbesar orang Melayu itu.

Perdana Menteri Malaysia ke-9 dijadualkan mengangkat sumpah esok pada pukul 2.30 petang di Istana Negara.

Nama: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh lahir: 18 Januari 1960
Tempat lahir: Temerloh, Pahang

Pendidikan

• Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
• Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
• Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
• Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
• Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

Keluarga

• Mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin
• Mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:
– Nina Sabrina
– Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi
– Nashriq
– Iqbal

Kerjaya/Perkhidmatan

• 1985 – Peguam
• 1995 – 1999 – Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
• 2008-2009 – Menteri Belia dan Sukan
• 9 April 2009 – 2013 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
• 2013 – 2015 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 2015 – 2018 – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
• 12 Mac 2020 – Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)
• 7 Julai 2021 – Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Lembaga Pengarah

1987 – Ahli Majlis Daerah Temerloh
1996 – Ahli Majlis Perbandaran Temerloh
1995 – Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
1996 – Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

Politik

1987 – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh
1988 – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh
1993 – Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
2001 – Timbalan Ketua Bahagian
2004 – Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *