December 9, 2022

Polis Cari Lelaki Gelang Pink Lari Dari Kuarantin

1 min read

Polis sedang menjejaki seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Kompleks Rakan Muda di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu daripada pembantu perubatan pada jam 11.59 malam kejadian.

Jelas beliau, tiga lelaki itu dikatakan melarikan diri ketika melakukan proses pendaftaran kira-kira jam 7.15 malam di PKRC terbabit.

“Ketiga-tiga berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun itu positif Covid-19 dan sepatutnya menjalani kuarantin di PKRC tersebut selama 10 hari.

“Susulan itu, pihak polis melakukan pencarian di sekitar Taiping sebelum menemui dua daripada mereka yang bersembunyi di stor sebuah rumah di Kamunting.

“Setelah mengesahkan kedua-dua identiti pesakit, polis telah meminta petugas kesihatan datang untuk mengambil mereka menjalani kuarantin di PKRC itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kira-kira tiga kilometer jarak PKRC tersebut dengan lokasi dua pesakit Covid-19 itu ditemui.

Tambah beliau, usaha mengesan seorang lagi pesakit sedang giat dijalankan ketika ini.

Kes disiasat mengikut Sekyen 269 Kanun Keseksaan dan 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *