March 29, 2023

Ubat Ivermectin Direka Khusus Untuk Kegunaan Haiwan, Belum Ada Kelulusan Untuk Kegunaan Manusia

2 min read

 

Penggunaan ubat Ivermectin hanya dikhususkan bagi merawat masalah untuk haiwan bagi merawat beberapa jenis penyakit.

Penyakit berkenaan seperti onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases, demikian kata Ketua Unit Teknikal dan Kualiti, Bahagian Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Mohd Dziehan Mustapa.

Menurut artikel dari Sinar Harian Online, ia digunakan untuk haiwan dan dikenali sebagai ubat anti-parasit. Setakat hari ini, masih tidak ada produk Ivermectin yang diluluskan pendaftarannya untuk kegunaan manusia.

“Saya lihat dalam senarai ubat yang berdaftar untuk penggunaan manusia, Ivermectin tidak ada. Yang ada ialah Ivermectin yang didaftarkan untuk tujuan penggunaan dalam haiwan sebanyak 31 produk,” katanya. dalam artikel berkenaan.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada program Wacana Sinar Edisi ke-282 bertajuk ‘Ivermectin: Alternatif atau Racun!’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian semalam.

Program yang dikendalikan Edlynna Hanie Hamid itu turut menampilkan Ketua Perkhidmatan Klinikal Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Mahiran Mustafa dan Pakar Penyakit Berjangkit, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Dr Steven Lim Chee Loon sebagai panelis.

Dalam pada itu, Mohd Dziehan berkata, semua ubat-ubatan termasuk Ivermectin perlu berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, beliau berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bUerperanan untuk memastikan produk farmaseutikal selamat, berkualiti dan berkesan.

“Bahagian regulatori ini bukan sahaja ada di Malaysia, malah semua negara ada badan regulatori masing-masing. Tujuannya adalah memastikan produk farmaseutikal selamat digunakan bagi tujuan rawatan.

“Tetapi pada masa sama ia juga boleh memberi kesan kepada penerima jika disalahgunakan. Justeru, semua produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah.

“Perkara ini juga selari dengan apa yang ada dalam Akta Racun 1952. Jika terdapat penjualan yang tidak disahkan, maka individu terbabit boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *