January 22, 2022

SepatahDua.My

"BANGKIT SEMULA BERSAMA KELUARGA MALAYSIA"

Kerana Putus Cinta, Remaja Cuba Terjun Jejambat

1 min read

Kerana putus cinta, seorang remaja didapati cuba bunuh diri dengan terjun dari atas sebuah jejambat Lebuhraya Koridor Guthrie berketinggian kira-kira 10 meter dekat simpang menghala ke Bukit Jelutong, di sini hari ini.

Bagaimanapun lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu tidak jadi berbuat demikian selepas dipujuk dan diberi nasihat oleh anggota bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, orang ramai yang melalui tempat kejadian menghubungi pihaknya berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Operasi menyelamat terus dilakukan sebaik sahaja pasukan bobagi memastikan lelaki tersebut tidak meneruskan niat membunuh diri.

“Anggota yang berada di tempat kejadian bercakap dari hati ke hati serta memujuknya supaya warga tempatan berusia lingkungan 20-an itu tidak terjun ke lebuh raya berkenaan dengan ketinggian kira-kira 10 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Tambahnya, seramai enam anggota dan pegawai daripada balai bomba dan penyelamat (BBP) Kota Anggerik yang diketuai komander operasi, Mohd. Khairul Mat Yasih telah dikerahkan ke lokasi dan tiba di sana kira-kira pukul 11.40 pagi.

Menurut Norazam lagi, pihaknya turut meminta bantuan sebuah lori kontena untuk berada di bawah jambatan terbabit sebagai langkah keselamatan kepada lelaki itu.

“Setelah pujuk rayu selama 10 minit, akhirnya dia tidak meneruskan niatnya dan turun ke lori kontena berkenaan,” ujarnya.

Katanya lagi, remaja terbabit kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *