August 12, 2022

Seorang Wanita Mengaku Dia Dilindungi Sekumpulan Entiti Mistik

1 min read

Seorang wanita yang mengaku sebagai ahli psikik mendakwa dia dilindungi oleh sekumpulan entiti yang mendiami tapak lama Jel Daerah Chester, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Liz Smith-Anderson berkata sudah beberapa kali nyawanya diselamatkan oleh hantu di tapak jel lama yang kini dijadikan sebuah muzium.

Wanita yang turut mengendalikan Pusat Sejarah Daerah Chester itu berkata, dia terlibat dalam beberapa insiden berbahaya ketika menjalankan tugasan di tapak berkenaan namun sentiasa terselamat.

“Saya percaya hantu-hantu dari tapak lama jel yang membantu menyelamatkan nyawa saya apabila terjatuh ketika membawa barangan tajam.

“Saya terselamat tanpa sebarang kecederaan walaupun kotak berisi senjata tajam itu jatuh menimpa saya,” katanya.

Tambahnya, kejadian itu membuatkan dia sentiasa bersyukur kerana dilindungi oleh hantu dan percaya bahawa makhluk halus itu sememangnya wujud.

“Hantu itu adalah benar, mungkin kita tidak boleh melihat mereka tetapi mereka ada di sekeliling kita,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.