January 22, 2022

SepatahDua.My

"BANGKIT SEMULA BERSAMA KELUARGA MALAYSIA"

Tempat Kerja Kekal Jadi Kluster Terbesar Sebaran Virus Covid-19

2 min read

Tempat kerja terus mendominasi pertambahan kluster Covid-19 hari ini dengan mencatatkan sebanyak 18 daripada 30 kluster, diikuti 10 kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja mencatatkan tujuh di Johor, dua di Selangor, dua di Kedah, dua di Kelantan manakala Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti melibatkan enam di Kelantan, dua di Pahang manakala Perak dan Sarawak, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi, Negeri Sembilan dan Perak, masing-masing satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 17,672 kes berbanding semalam, 19,807 kes, manakala kes sembuh iaitu 19,053 kes dengan 174 kematian dicatatkan dan 1,040 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 502 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 260,700 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,316 kes diikuti Sabah (2,474), Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

“Enam negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Perak (952), Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470) dan Melaka (363).

“Satu negeri dan wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis (57) dan Putrajaya (24) manakala hanya Labuan merekodkan tujuh kes,” katanya.

Mengulas mengenai 174 kematian, beliau berkata, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 53 kes di Johor, 28 kes di Pulau Pinang, 25 kes di Sabah, 11 kes di Negeri Sembilan, masing-masing sembilan kes di Kuala Lumpur, Kedah, dan Kelantan, masing-masing tujuh kes di Selangor dan Pahang, enam kes di Melaka, empat kes di Perak, serta masing-masing tiga kes di Sarawak dan Perlis.

“Kematian melibatkan 103 lelaki dan 71 perempuan dengan 16 warga asing, 21 kematian di rumah termasuk tujuh warga asing dan 152 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *