August 15, 2022

Varian Delta Merebak Dua Kali Ganda Dalam Masa 5 Hari Di Indonesia

1 min read

Badan Penelitian dan Perkembangan Kementerian Kesihatan Indonesia merekodkan sebanyak 617 kes jangkitan Covid-19 akibat penularan varian Delta di Jakarta.

Jumlah itu meningkat secara mendadak dengan 302 kes dicatatkan pada 16 Ogos lalu sebelum meningkat 617 kes kelmarin.

Lapor CNN Indonesia, peningkatan itu bersamaan 100.4 peratus atau dua kali ganda dalam tempoh lima hari.

Kesemua kes tersebut dikesan berdasarkan ujian Whole Genome Sequence (WGS) yang dijalankan terhadap 1,286 spesimen yang diperoleh di bandar ini.

Jakarta menjadi antara wilayah yang paling banyak melakukan ujian WGS berbanding 33 wilayah lain.

Biarpun kes jangkitan varian Delta meningkat di Jakarta, jumlah keseluruhan kes di bandar raya ini masih merekodkan penurunan.

Jika sebelum ini kes harian kumulatif direkodkan sebanyak 8,942 dalam tempoh seminggu dari 9 hingga 15 Ogos, kini kes menurun kepada 5,490 dari 16 hingga 22 Ogos.

Kes kematian akibat virus maut itu juga menurun dari 252 kepada 151 dalam tempoh seminggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.