September 28, 2023

63 Ekor Penguin Afrika Ditemui Mati Dipercayai Disengat Lebah

1 min read

Tiga ekor Penguin Afrika sedang bersantai di Pantai Boulder di Simons Town di Cape Town. Gambar diambil pada 2013. FOTO GETTY IMAGES

 

Sebanyak 63 ekor Penguin Afrika ditemui sudah mati dipercayai akibat diserang lebah di selatan Cape Town, Afrika Selatan.

Menurut kenyataan dari wakil Persatuan Pemuliharaan Burung, kejadian itu adalah kali pertama berlaku di Pantai Boulder, iaitu kawasan yang sering dikunjungi oleh pelancong.

Bangkai burung tidak bersayap itu ditemui bersama banyak lebah yang sudah mati di persisir pantai berkenaan kelmarin.

Bedah siasat yang dilakukan hanya menemukan kesan disengat lebah pada bangkai penguin di bahagian mata dan sayap sirip.

Seekor penguin didapati disengat sebanyak 27 kali.

Penguin Afrika diklasifikasi sebagai spesies terancam dengan hanya kira-kira 50,000 ekor di seluruh dunia.

Siasatan berhubung kejadian masih dilakukan pegawai daripada Agensi Taman Negara Afrika Selatan (SANParks) masih lakukan dan menyatakan lebah selalunya tidak akan menyerang penguin.

“Selalunya penguin ini akan hidup bersama lebah dan sifat lebah ini ia tidak akan menyerang tanpa sebab.

“Mungkin sarangnya diganggu menyebabkan ia menjadi agresif,” kata seorang ahli biologi marin yang bertugas di SANParks, Dr Alison Kock kepada portal berita BBC.

Jumaat lalu seekor penguin Afrika ditemukan mati akibat disengat lebah di Cape Town.

Sebelum ini, tujuh ekor penguin Afrika dijumpai mati di Pusat Akuarium Florida, Amerika Syarikat namun punca kejadian masih belum diketahui. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *