Tenggara Australia Dilanda Gempa Bumi 5.8 Pada Skala Richter
1 min read
Pasukan mencari dan menyelamat memeriksa keadaan sebuah bangunan yang rosak di kawasan membeli-belah popular di Chapel Street di Melbourne selepas ia dilanda gempa bumi hari ini. FOTO WILLIAM WEST / AFP
Gempa bumi dengan gegaran sekuat 5.8 pada skala Richter berlaku di tenggara negara Australia pagi ini di Melbourne.
Menurut laporan awal kejadian, gempa itu mencetuskan kekecohan dan situasi kelam-kabut dek kerana orang ramai bertempiaran lari meninggalkan bangunan tempat mereka berada apabila merasai gegaran yang kuat.

Kejadian gempa jarang berlaku di wilayah itu tetapi ia dikesan pada pukul 9 pagi waktu Australia dan gegaran dirasai sehingga jarak ratusan kilometer dari pusat gempa.
Pemantauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata pusat gempa bumi itu dikesan pada kedalaman 10 km.