September 24, 2023

Selesai Isu Rumah Terbengkalai Perhatian Utama Reezal Merican Terajui KPKT

1 min read

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meninjau sebuah projek perumahan yang terbengkalai di Segamat, Johor baru-baru ini.

 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah menyatakan bahawa akan memberikan perhatian ke atas masalah rumah terbengkalai atau projek yang tidak dapat disiapkan.

Dalam satu hantaran di media sosial Facebooknya baru-baru ini beliau menyatakan bahawa masalah berkenaan yang menjadi keresahan ramai rakyat menjadi fokus paling penting dalam peranan beliau dalam menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Satu daripada keresahan rakyat yang menjadi perhatian saya adalah soal rumah terbengkalai.

“Saya tahu ada Keluarga Malaysia yang terperangkap di dalam dilema rumah terbengkalai ini.

“Isu rumah terbengkalai ini juga rumit dan melibatkan pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata baru-baru ini beliau sudah membuat lawatan melihat keadaan kawasan sebuah projek yang terbengkalai di Segamat, Johor.

Beliau faham bahawa akibat kegagala projek rumah seperti itu, kumpulan yang Keluarga Malaysia yang terlibat menanggung keresahan yang berpanjangan.

“Saya optimis, pasti ada jalan keluar. Jika tidak semua, sebahagian daripadanya boleh kita lakukan exit strategy (strategi keluar dari masalah).

“Insya Allah saya akan lihat perkara ini secara menyeluruh termasuklah meneliti beberapa instrumen mediasi,” katanya.

Reezal Merican berkata penyelesaian isu seperti itu akan melibatkan juga soal perundangan yang perlu ditambah baik khususnya berkaitan tanggungjawab pemaju swasta untuk memelihara kepentingan pihak-pihak terlibat terutama sekali pembeli.

Pada pengakhirannya, kerajaan mahu rakyat memiliki aset atau kediaman berkualiti dan berdaya huni, katanya. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *