September 26, 2023

Turki Tahan Individu Dipercayai Ada Kaitan Aktiviti Pengintipan

1 min read

Suasana kehidupan hari-hari biasa di Istanbul, Turki. Dalam pada itu, media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 200 orang mengambil bahagian dalam operasi untuk menangkap 15 tahanan itu di empat wilayah yang berbeza.

Negara Turki telah berjaya menangkap beberapa orang yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengintipan negara itu bagi pihak negara lain.

Menurut laporan Arab News, operasi tangkapan menyeluruh dilakukan oleh Pertubuhan Perisikan Nasional Turki itu berjaya menahan 15 orang.

Kesemua mereka disyaki ada kaitan dengan agensi perisikan Israel Mossad yang didakwa menjalankan aktiviti di Turki dan menyasarkan pembangkang Israel dan pelajar Palestin.

Difahamkan, proses soal siasat terhadap tahanan sedang dijalankan selepas mereka dibawa ke penjara di Istanbul.

Jika disabitkan kesalahan, mereka mungkin akan berdepan hukuman penjara selama 15 hingga 20 tahun.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 200 orang mengambil bahagian dalam operasi untuk menangkap 15 tahanan itu di empat wilayah yang berbeza.

Operasi secara rahsia itu juga telah memakan masa selama lebih setahun dan dianggap sebagai operasi perisikan terbesar dalam sejarah Turki.

Anggota operasi itu didakwa telah berhubung rapat dengan pegawai lapangan Mossad, menyampaikan maklumat dan dokumen melalui pertemuan bersemuka di luar negara iaitu di Croatia, Romania, Kenya dan Switzerland.

Mereka yang ditahan dipercayai telah menjalankan perisikan ke atas pelbagai syarikat dan persatuan di Turki serta warga Palestin yang belajar di universiti negara itu. Mereka memberikan tumpuan khusus kepada pelajar yang mempunyai masa depan dalam bidang industri pertahanan.

Sementara itu, badan perisikan Turki percaya bahawa beberapa orang warga Palestin dan Syria yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu turut terlibat dalam rangkaian perisikan tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan Israel dan Turki tidak mengulas mengenai laporan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *