October 3, 2023

Pekan Sehari Di Temerloh, Pahang Kembali Meriah Dengan Orang Ramai

1 min read

 

Selepas empat bulan lebih tidak dibuka kepada pengunjung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Jun lepas, kini Pekan Sehari Temerloh, Pahang kembali jadi tumpuan orang ramai sejak ia mula dibuka pada 17 Oktober lepas.

Mengikut laporan portal Sinar Harian Online, kebenaran rentas negeri bermula 11 Oktober lalu dilihat antara faktor penyumbang kehadiran pengunjung di lokasi pekan sehari terbesar di Semenanjung Malaysia yang dibuka pada setiap Ahad.

Pengunjung, Suhaida Awang Teh, 37 tahun, dari Muar, Johor mengambil peluang pulang ke kampung di sini untuk mengunjungi lokasi popular tersebut.

“Gembira selepas 11 bulan tidak balik kampung di sini. Saya dan ahli keluarga lain tidak melepaskan peluang ke Pekan Sehari Temerloh.

“Sudah pasti bila ke Pekan Sehari Temerloh, saya tidak melepaskan peluang membeli barangan yang sukar diperoleh di tempat lain seperti ikan patin Sungai Pahang,” katanya yang bekerja sebagai eksekutif logistik di pekan sehari berkenaan ketika ditemubual oleh Sinar Harian Online.

Suhaida bagaimanapun berkata, dia tetap berhati-hati dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Seorang lagi pengunjung, Junaidah Dollah, 64 tahun, berkata, dia tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi pekan sehari berkenaan yang sudah tiga minggu kembali beroperasi.

Berita asal di portal Sinar Harian Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *