November 26, 2021

SepatahDua.My

"KITA SAMA-SAMA MENANG LAWAN COVID-19"

Petani di Afghanistan Kembali Tanam Ganja Secara Besar-Besaran

1 min read

Seorang petani di Afghanistan meninjau tanaman pokok ganjanya di negara itu. Tanaman itu membawa pulangan yang tinggi kepada para petani di negara itu. Foto AFP

Pentadbiran Taliban bersumpah untuk membanteras perdagangan dadah di Afghanistan walaupun aktiviti itu sebahagian besarnya mencetuskan kejayaan pemberontakan mereka.

Bagaimanapun, setakat ini tiada apa berubah untuk petani ganja seperti Ghulam Ali, yang tanamannya merentasi tiga hektar di luar Kandahar.

Ladang tumbuhan hijau gelap yang boleh dikenali kerana berbau busuk itu terletak di jalan utama melalui daerah Panjwai.

“Kami mendapat manfaat daripadanya lebih daripada mana-mana tanaman atau buah-buahan lain. Saya mempunyai pilihan untuk tanaman lain, tetapi popi memerlukan lebih banyak pelaburan, lebih banyak bahan kimia bagi melindunginya daripada penyakit,” kata Ali kepada AFP.

Di bawah kerajaan terdahulu disokong Amerika Syarikat (AS) dan digulingkan Taliban pada Ogos lalu, petani hashish membayar levi kepada pegawai tempatan sebanyak 3,000 rupee Pakistan (RM70.40) sekilogram (kg).

“Ia bukan sesuatu yang rasmi, hanya cukai yang perlu kami bayar. Jika tidak, mereka boleh memusnahkan ladang kami,” kata Ali.

Keluarga Ali menukarkan ladang jagung kepada ganja pada tahun 2000, sejurus sebelum berakhirnya rejim Taliban sebelum ini, dan tiada sebab untuk menyesalinya.

Kira-kira 20 orang saudaranya tinggal di ladang miliknya. Mereka tidak kaya, tetapi menjalani kehidupan selesa dan anak pergi ke sekolah berdasarkan piawaian luar bandar Afghanistan.

Ketika waktu sibuk, mereka mengupah pekerja luar membantu membawa hasil tuaian.

Bulan depan, tumbuhan akan diasingkan, ditekan dan dipanaskan bagi penghasilan minyak, yang kemudiannya diubah menjadi pes hashish hitam-hijau untuk dijual dan dieksport dengan ia dijual kepada pengedar pada harga antara 10,000 dan 12,000 rupee (RM248.46) sekilogram .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *