Suspek Kes Serangan Di Jepun Meniru Gaya Watak “Joker”
1 min read
Suspek serangan berpakaian seakan-akan Joker (gambar kiri).
Suspek dalam kejadian serangan dalam kereta api ekspres di Tokyo, Jepun. Kyota Hattori mengaku meniru watak “Joker” iaitu watak jahat dalam siri buku komik dan musuh kepada Batman, dalam kejadian yang berlaku pada malam sambutan Halloween.
Sekurang-kurangnya 17 orang cedera dalam kejadian itu di mana seorang lelaki warga emas kini dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pada Ahad lepas, polis Tokyo menahan seorang pemuda yang mengacukan pisau ke arah penumpang di dalam kereta api berkenaan dan kemudian menyimbah bahan mudah terbakar.

Lelaki itu juga dilaporkan telah menyembur asid hidroklorik di dalam sebuah kereta.
Menurut Kyodo News, penyerang memberitahu penyiasat bahawa dia cuba berpakaian seperti Joker yang memakai sut ungu dalam komik.
Suspek juga berhasrat untuk mencipta semula adegan filem Joker 2019.
Dua jam sebelum melakukan jenayah itu, Hattori melawat wad Shibuya, tempat Halloween disambut secara meluas sebelum pandemik COVID-19. – SEPATAH DUA