December 8, 2023

Daging Wagyu Buah Zaitun Sepotong Boleh Cecah Lebih RM2,000

2 min read

Corak daging seakan marmar merupakan tanda daging Wagyu dan daging Olive Wagyu ada corak marmar yang lebih menarik dan cantik. Foto Instagram Olive Feed Beef.

 

Dalam dunia ini, cuma ada 2,200 ekor lembu sahaja diternak untuk tujuan ini iaitu pengeluaran daging lembu jenis Wagyu tetapi ia digelar sebagai Olive Wagyu atau Wagyu Buah Zaitun. Ini menjadikan ia satu hidangan Steak yang amat jarang ditemui dalam dunia.

Asal usul Olive Wagyu ialah dari Pulau Shodoshima di Jepun. Pulau itu turut diberi gelaran Pulau buah zaitun kerana cuacanya yang amat sesuai untuk menjadi tempat pengeluaran buah zaitun di negara Nippon itu.

Pulau itu juga adalah tempat di mana lembu Wagyu diternak sejak abad ke-8 lagi sebagai pembantu di sawah padi serta menarik muatan berat kerana tenaga lembu jenis berkenaan amat kuat.

Penciptaan daging Olive Wagyu berasal dari seorang petani dari pulau berkenaan bernama Masaki Ishii yang pada awalnya agak kecewa apabila ada banyak lambakan hampas buah zaitun yang terpaksa dibuang begitu sahaja setiap tahun.

Begini rupanya daging Steak Olive Wagyu yang dipotong dengan corak seakan marmar yang cantik. Instagram Olive Feed Beef.

Hampas buah zaitun dikenali sebagai Lees adalah lebihan dari buah zaitun yang sudah diproses untuk pengeluaran minyak zaitun dan ia kata dengan pelbagai jenis khasiat. Jadi, Masaki mencari jalan bagaimana untuk menggunakan bahan berkenaan.

Dia juga merupakan seorang penternak lembu Wagyu. Sebelum ini Masaki pernah cuba memberi makan kepada lembunya hampas berkenaan tetapi lembunya tidak menyukainya kerana rasanya yang pahit serta rupanya yang agak pelik.

Selepas beberapa kali mencuba dan gagal, Masaki menemui cara iaitu satu proses yang boleh mengeluarkan rasa gula asli darinya dan ia kini disukai oleh lembu-lembunya.

Masaki tak sedar, bahawa perubahan diet lembu Wagyunya menjadikan daging Wagyu keluaranya juga berubah rasa. Dengan menambahkan diet buah zaitun ke dalam makanan lembu, rasa daging Wagyu yang dihasilkan lebih sedap dan ia menimbulkan rasa lebih berair kepada daging berkenaan yang lebih lazat.

Buah zaitun berkenaan bukan sahaja mengubah rasa daging malahan bentuk daging yang seakan-akan lantai marmar juga lebih cantik dan kini ia begitu popular di seluruh dunia. Jika memakannya, ia juga amat lembut.

Daging Olive Wagyu dikatakan merupakan makanan protein yang lebih menyihatkan dari daging Wagyu biasa dan juga lebih menyihatkan dari daging lembu biasa.

Seperti biasa, harga daging Olive Wagyu yang dikeluarkan dari hanya 2,200 ekor lembu di Jepun tidak murah.

Syarikat Crowd Cow yang mengeluarkan daging jenis itu di Amerika Syarikat menjual daging Olive Wagyu di laman webnya berharga $240.00 sepotong (RM995.86) dan jika menu daging ini ada di sesetengah restoran ia berharga $500 sepotong (RM2,074.70).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *