June 1, 2023

Kementerian Pendidikan Keluarkan Pekeliling Larang Pemeriksaan Mengejut Murid Haid

2 min read

Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berbual dengan para pelajar di sebuah sekolah di Setapak dalam lawatan berkenaan. Foto Facebook Dr Radzi Jidin.

 

Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin baru-baru ini ada membuat lawatan ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur selepas dikatakan ada 30 orang pelajar berusia antara 18 dan 19 tahun mendakwa diberikan putik kapas untuk pemeriksaan sama ada mereka sedang haid atau sebaliknya.

Menurut laporan berita asal dari portal Malaysiakini sekarang pihak Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan satu surat pekeliling kepada semua ketua jabatan pendidikan negeri yang mengarahkan supaya pemeriksaan haid dihentikan.

Surat berkenaan menyatakan bahawa pihak kementerian menegaskan bahawa pemeriksaan fizikal khususnya berkaitan haid dalam kalangan pelajar perempuan tidak sepatutnya berlaku dan meminta agar semua pihak peka dan jalankan pemantauan agar perkara seperti itu tidak berulang lagi.

“Sehubungan dengan itu, semua jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah hendaklah memastikan amalan dan tindakan pemeriksaan fizikal khususnya berkaitan haid tidak berlaku di mana-mana institusi bawah KPM.

“Tindakan tegas perlu diambil jika amalan sedemikian berlaku di institusi pendidikan bawah KPM,” demikian menurut pekeliling berkenaan.

Surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan KPM berkaitan larangan itu.

Sehingga sekarang, pihak Menteri Pendidikan dan kakitangan kementerian masih belum mengesahkan berkaitan pengeluaran pekeliling ini.

Bagaimanapun, ada laporan di portal berita tempatan yang memetik sumber dari KPM yang menyatakan pekeliling berkenaan ditujukankepada ketua jabatan pendidikan negeri dan ia tidak dikeluarkan dalam laman web KPM.

Sebelum ini, tular di media sosial dengan luahan dari pelajar dan bekas pelajar bahawa memang wujud pemeriksaan haid ke atas pelajar perempuan dan ia sudah pun berlaku sejak 20 tahun yang lalu.

Ada dakwaan pelajar perlu menunjukkan kepada guru tuala wanita yang mempunyai darah dan pelbagai lagi cara pemeriksaan yang akan membuatkan pelajar berkenaan berasa tidak selesa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *