September 27, 2023

Orang Yang Menggunakan Suaranya Untuk Watak Nobita Meninggal Dunia

1 min read

Gambar pemilik asal mula suara Nobita dalam siri animasi Doraemon yang berasal dari Jepun, Yoshiko Ota atau nama sebenarnya Yoshiko Saka.

 

Orang yang menggunakan suaranya sebagai suara watak bernama Nobita dalam siri animasi popular Doraemon, Yoshiko Ota meninggal dunia kerana kegagalan jantung pada usia 89 tahun, pada 29 Oktober lepas.

Portal Jepun, NHK melaporkan Yoshiko Ota meninggal dunia di Hospital Kanagawa, Jepun tapi berita kematiannya diumumkan oleh The Theater Echo Theater Company hanya pada 8 November lepas.

Ota adalah pengisi suara pertama Nobita pada 1973.

Selain animasi Doraomen, Ota juga meminjamkan suara emasnya untuk watak ikonik animasi lain termasuk watak Leo untuk Jungle Emperor Leo pada 1966, Atsuko Kagami dalam Himitsu no Akko-chan anime (1969) dan Baby Panda untuk Panda! Go, Panda! (1972).

Dilahirkan pada 25 April 1932 di Hyogo, Ota mula menceburkan diri dalam dunia animasi sebagai pengisi suara pada 1947 di bawah pengurusan, Takarazuka Revue.

Beliau bertemu seorang lagi pengisi suara, Osamu Saka sebelum mendirikan rumah tangga dengannya. Pada 1964, Ota dan Saka mengambil keputusan berpindah ke Tokyo dan menyertai Theater Echo Group di pentas panggung, televisyen dan sebagai pengisi suara.

Sekitar 2016, Ota menjadi penerima Anugerah Sepanjang Hayat di Tokyo Anime Award Festival terhadap sumbangannya dalam dunia animasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *