September 26, 2023

Reezal Merican Pesan Pada Keluarga Malaysia Elak Tempat Berisiko Ketika Cuaca Tidak Menentu

1 min read

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpesan kepada Keluarga Malaysia dalam video yang dimuatnaik di laman Facebook beliau supaya elak tempat berisiko ketika negara dalam keadaa cuaca yang tidak menentu.

 

Ekoran cuaca yang tidak menentu dengan perubahan cuaca panas dan hujan boleh berubah bila-bilaa masa, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menasihati orang ramai supaya elakkan berada di tempat berisiko berlaku banjir.

Beliau berkata demikian dalam satu video yang dimuatnaik ke laman Facebook beliau semalam.

“Elakkan untuk berada di tempat-tempat berisiko tinggi seperti kawasan air terjun, sungai dan yang paling penting jika berlaku sebarang bencana segera maklumkan kepada pihak berkuasa dan ikut arahan daripada masa ke semasa,” katanya.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada mereka yang memandu pulang ke kampung supaya berhati-hati dalam pemanduan di jalan raya dan jangan memandu dengan kelajuan yang berlebihan.

Reezal Merican berkata sekarang ini negara kita tidak boleh elak daripada melalui musim peralihan monsun pada setiap tahun tetapi semua pihak boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapinya bersama.

“Saya harap anda semua kekal selamat dan cermat sentiasa.

Sama-sama kita memperingati ahli keluarga, rakan-rakan dan ahli komuniti kita – Keluarga Malaysia kita untuk sentiasa berhati-hati,” katanya. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *