November 26, 2021

SepatahDua.My

"KITA SAMA-SAMA MENANG LAWAN COVID-19"

KKM Pesan Supaya Hadir Dapatkan Suntikan Dos Penggalak Jika Dapat Temu Janji

1 min read

Statistik terkini keadaan COVID-19 di Malaysia setakat semalam 14 November 2021.

 

Kementerian Kesihatan (KKM) berpesan kepada orang ramai yang menerima makluman janji temu untuk suntikan dos penggalak COVID-19 supaya hadir dan menerima suntikan untuk mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pemberian dos penggalak COVID-19 adalah strategi perlindungan yang penting terutama apabila pembukaan sektor ekonomi dan sosial dibenarkan.

Katanya, keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan dan disebabkan itu dos penggalak amat penting.

“Pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara antaranya Chile di mana dos penggalak Pfizer diberikan kepada penerima Sinovac dan keberkesanan mencapai sehingga 95 peratus.

“Buat masa ini, Pfizer diluluskan sebagai dos penggalak untuk penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.

“KKM juga kini sedang menilai kombinasi keberkesanan beberapa vaksin lain untuk keselamatan dan akan mengumumkannya tidak lama lagi,” katanya menerusi hantarannya di Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *