September 26, 2023

Orang Singapura Yang Enggan Divaksinasi Mungkin Kena Bayar SGD$25,000

1 min read

Pesakit COVID-19 warga Singapura yang sengaja enggan menerima suntikan vaksinasi dan dirawat di Unit Penjagaan Rapi (ICU) mungkin akan dikenakan bayaran hampir SGD$25,000 (RM76,949.40) tanpa sebarang subsidi.

Menurut Kementerian Kesihatan negara Singapura, jika dengan subsidi kos bayaran itu jauh lebih rendah.

Katanya, jumlah SGD$25,000 anggaran bil hospital bagi mereka yang memerlukan rawatan ICU dan terapi COVID-19.

“Subsidi kerajaan dan perlindungan MediShield Hayat boleh mengurangkan bil sebanyak SGD$2,000 hingga SGD$4,000 bagi warga Singapura yang layak di wad bersubsidi,” katanya.

Kementerian itu berkata, pesakit COVID-19 boleh menggunakan MediSave untuk membantu membiayai baki jumlah di ICU.

Kerajaan negara itu mengumumkan bermula 8 Disember, mereka yang tidak divaksinasi mesti membayar bil perubatan mereka sendiri, jika dijangkiti COVID-19.

Peraturan itu untuk kumpulan yang boleh mengambil pelalian COVID-19 tetapi memilih untuk tidak mengambilnya. Mereka ialah kumpulan besar pesakit COVID-19 yang dirawat di ICU.

Jika mereka dihantar ke kemudahan rawatan COVID-19, Kementerian Kesihatan berkata, bayaran dijangka kira-kira SGD$4,500 bagi penginapan tujuh hari.

“Bagi warga Singapura, selepas subsidi dan MediShield Hayat, bayaran bersama sekitar SGD$1,000,” menurutnya.

Katanya, bayaran berbeza-beza bergantung pada tahap serius pesakit dan jenis kemudahan COVID-19 untuk mereka.

Antara lain, terdapat juga Kemudahan Pengasingan Masyarakat (CIF).

Buat masa ini, pelancong dan pemegang pas jangka pendek dikenakan bayaran untuk penginapan di CIF.

“Warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang tidak divaksinasi yang tidak ke luar negara dalam tempoh 14 hari, sebelumnya tidak dikenakan bayaran bagi penginapan di CIF,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *