Restoran Milik Chef Bermulut Lantang Gordon Ramsay Bakal Dibuka Di Malaysia Tahun Depan
2 min read
Chef terkenal berasal dari Britain, Gordon Ramsay yang dikenali dengan perwatakannya yang garang dan bermulut agak lantang.
Restoran milik tukang masak terkenal yang mulutnya agak celupar Gordon Ramsay dikatakan akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi.
Ia bermula dari Mayfair di London dan restoran itu bernama Gordon Ramsay Bar & Grill akan dibuka di Sunway Resort di Petaling Jaya, Selangor.
Restoran itu akan menjadi cawangan pertama di Asia bersama tiga lagi cawangan di London’s Mayfair di Chelsea dan Park Walk.
Ia bakal terletak di lobi utama Sunway Resort, restoran tersebut dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun depan.
Dengan reka bentuk dalaman yang sangat mewah daripada Ketua Reka Bentuk Sunway, Nelson Yong ini, pengunjung dapat menikmati tiga bilik persendirian yang berlainan tema yang dinamakan 8 Mayfair, 10 Soho dan 12 Chelsea.

Setiap bilik tersebut mempunyai tema yang tersendiri serta disediakan perabot mewah seperti sofa kulit berwarna merah serta dapur tertutup gaya James Bond.
Di samping itu, ruang makan yang luas pula dihiasi dengan pelbagai details serta pemilihan warna hijau gelap dan merah yang sangat menaikkan suasana mewah itu sendiri.
Jika ditanya tentang menu pula, restoran ini bakal menyajikan hidangan sepanjang hari daripada sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan koktel. Beberapa menu utama yang akan ditawarkan ialah seperti menu ‘prime cuts of the finest meat’ yang bersumberkan tempatan serta elemen terbaik daripada hidangan istimewa Gordon Ramsay yang terkenal di dunia.
“Saya sangat teruja untuk memperkenalkan Gordon Ramsay Bar & Grill kepada Malaysia.
“Ini adalah konsep yang dilahirkan di London dan memancarkan kecanggihan British. Kami mahu restoran baharu ini mempamerkan semua kualiti ini dan banyak lagi.
“Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort haruslah mewah, tempat untuk dilihat, sambil-sambil itu juga bergaya dan elegan.
“Paling penting, ia harus mencerminkan keghairahan terhadap gastronomi yang saya tahu begitu mendalam dalam budaya Malaysia. Saya mahu membawa pengunjung melancong dan saya tidak sabar untuk mendedahkan restoran baharu yang luar biasa ini tidak lama lagi,” kata Ramsay.
Buat masa ini, Sunway Resort sedang direka semula sepenuhnya dengan kemudahan keluarga, bilik pakar dan suite baharu. Lounge eksklusif akan dinaik taraf dengan teknologi canggih seperti kemasukan kunci telefon pintar, penderia gerakan, latihan kecergasan dalam talian secara langsung dan pancuran mandian kromoterapi.
Tidak pasti adakah hidangan di restoran berkenaan nanti adakah halal atau sebaliknya.