Youtuber Syafiqi Zakaria Jelaskan Dari Mana Punca Air Terjun Dan Sungai Sebenarnya
1 min read
Mohd Syafiqi Zakaria sedang bercerita dalam videonya tentang punca air terjun dan sungai yang terletak di puncak bukit.
Kalau anda nampak air terjun yang jernih menderu turun mengalir dari atas bukit, mesti anda akan terfikir dari mana datangnya punca air itu? Dari mana bermulanya segala cerita tentang perjalanan sebatang sungai kan?
Air terjun, jeram dan sungai ini kemudiannya akan mengalir turun jadi lokasi riadah, mandi manda, berehat dan punca rezeki manusia yang hidup di muka bumi ciptaan Allah ini.
Anda tahu tak sebenarnya dari mana punca air itu?
Seorang Youtube yang digelar sebagai Pemburu Air Terjun mengembara masuk ke dalam hutan tebal yang dalam untuk mencari punca air yang menghasilkan air terjun dan sungai.
Beliau ialah Mohd Syafiqi Zakaria dan beliau mengendalikan saluran Youtube Syafiqi Zakaria Channel.
Dalam satu daripada videonya, dia terangkan dari mana punca air selepas dia menemuinya di dalam hutan.
Sebenarnya, punca air sungai ia bermula dari aliran air yang sangat kecil dan perlahan tetapi banyak dari celah akar pokok, celah batu dan celah tanah sehingga menjadi sungai yang begitu besar. Kepala air juga berpunca dari aliran-aliran ini.
“Jangan terkejut, ia (aliran air) kecil sahaja. Ada yang datang cari celahan batu,” katanya sambil menunjukkan mata air disebalik daun-daun kering.
Malah dia juga menemui punca air dari celah-celahan akar pokok.
“Dari air dari celahan pokok dan batu inilah menjadi sungai yang besar juga air terjun,” katanya.
Menurut Mohd Syafiqi lokasi punca air itu berhampiran dengan puncak bukit yang amat tinggi.
Dia banyak berkongsi video tentang perjalanannya memburu air terjun dan mencari punca air terjun di dalam saluran Youtubenya. – SEPATAH DUA