Gunung Berapi Semeru Di Jawa Timur Meletus, Asap Debu Panas Menjulang Tinggi
1 min read
Asap debu panas dari Semeru menjulang tinggi akibat dari letusan gunung berapi itu.
Gunung Berapi Semeru yang terletak di Daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur meletus kelmarin, sekitar pukul 3.20 petang waktu Indonesia barat.
Setakat petang semalam, gunung berapi itu tertinggi itu di Pulau Jawa masih mengeluarkan debu asap tebal dan debu panas sehingga menyebabkan penduduk setempat lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Menurut laporan, beberapa kawasan lereng gunung seperti di daerah Pronojiwo dan Candipuro diselaputi hujan abu, kesan daripada letusan gunung berapi ini.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, semua penduduk yang tinggal berdekatan telah diminta meninggalkan rumah masing-masing,” kata Ketua Kampung Sumbermujur, Syafii.
Menurut sumber, jumlah penduduk yang cedera setakat petang semalam adalah seramai 40 orang, manakala seorang dilaporkan maut.
Usaha menyelamat yang dilakukan oleh penduduk tempatan terganggu ekoran oleh asap yang tebal, bekalan elektrik terputus dan hujan semasa letusan berlaku.
Untuk rekod, kali terakhir gunung berketinggian 3,676 ini meletus adalah pada 27 Ogos lalu.