September 24, 2023

Lelaki Menipu Guna Tangan Palsu Untuk Disuntik Vaksin COVID-19, Hanya Mahukan Sijil Vaksinasi

1 min read

 

Seorang lelaki di Itali berusia 50 tahun ditangkap kerana cuba mendapatkan sijil vaksinasi COVID-19 dengan mengggunakan tangan palsu untuk disuntik ketika menghadiri janji temu.

Media Itali melaporkan kes menyatakan lelaki berkenaan hadir ke sebuah pusat vaksinasi di Biella, Itali menyatakan bahawa dia ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Lelaki berkenaan dikatakan ialah seorang doktor gigi. Bagaimanapun identiti lelaki berkenaan tidak didedahkan oleh media.

Semuanya berjalan tanpa masalah apabila saat untuk menerima suntikan dan diminta oleh jurusuntik untuk menyingkap lengan bajunya di mana segalanya terbongkar.

Dia hanya mendedahkan sebahagian tangannya yang dicurigai oleh jurusuntik, tambahan pula sentuhan ke atas kulit tangan lelaki itu terasa sedikit berbeza berbanding kulit manusia biasa.

Sebenarnya lelaki itu menggunakan tangan palsu diperbuat daripada silikon untuk mendapatkan suntikan supaya dia boleh mendapatkan sijil vaksinasi.

Dia mahukan sijil berkenaan untuk pergi bekerja dan dapat menggunakan kemudahan lain dan juga tidak perlu menjalani ujian saringan setiap 48 jam. Jurusuntik kemudian memberitahu tentang perbuatan itu kepada orang atasannya yang kemudiannnya menghubungi polis.

“Apa yang berlaku dalam kes ini memang tidak dapat diterima ketika ramai orang sanggup melakukan macam-macam pengorbanan ketika pandemik tetapi masih ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelak dari divaksin,” kata Alberto Cirio, Gabenor Piedmont.

Beliau turut berterima kasih kepada petugas yang menjadi jurusuntik yang bertindak melaporkan perbuatan itu.

Lelaki berkenaan yang cuba menipu akan didakwa di mahkamah untuk berdepan dengan pertuduhan jenayah. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *