September 24, 2023

Leret Hill Homestay Tawarkan Pakej Penginapan Menyeronokkan, Ada Jacuzi, Sauna Dan Kolam Renang

3 min read

Kolam renang yang terdapat di Leret Hlill Homestay di Selama, Perak. Bayangkan keseronokan dia macam mana.

 

Kalau anda bercuti, sudah semestinya satu perkara yang anda akan utamakan ialah penginapan. Penginapan merupakan tempat untuk kita berehat sepanjang percutian dan dari situlah semua aktiviti dirancang dan dilakukan.

Di daerah Selama di Perak, satu lokasi homestay yang terletak agak ke dalam kawasan kampung ada semua kemudahan lengkap untuk memastikan percutian anda seronok dan berbaloi.

Kalau tak ke mana-mana pun boleh, hanya duduk di homestay berkenaan pun dah banyak aktiviti dan memang mind blown. Nama tempat ini ialah Leret Hill Homestay Selama Perak.

Papan tanda Leret Hill Homestay yang terletak di Selama, Perak.
Air terjun Lata Damak yang terletak dekat sahaja dengan Leret Hill Homestay di Selama, Perak.

Leret Hill Homestay terletak di Kampung Ulu Nor Sungai Bayor di Selama. Ia terletak kira-kira 10 kilometer dari pekan Selama dan berdekatan dengan homestay ini ada satu lokasi air terjun yang berbaloi untuk anda mandi-manda.

Kalau sekali tengok jacuzi itu, pasti anda akan tak tahan untuk habiskan masa di Leret Hill Homestay. Bukan itu sahaja, Leret Hill Homestay kini sudah ada sebuah kolam renang yang memang menyeronokkan

Berenang dalam kolam dalam kawasan kampung, anda boleh bayangkan ketenangan dia macam mana

Daerah Selama ini memang kaya dengan tarikan air terjun. Sampai tujuh lokasi lata untuk anda berkelah dan mandi-manda.

Kalau menginap di Leret Hill Homestay anda ada dua pilihan penginapan. Ada rumah diperbuat dari batu dan ada chalet yang diperbuat ala rumah kampung. Suasana di dalam kawasan homestay memang damai. Siap ada kolam kecil yang dihiasi dengan buaian ala buaian dekat Bali, Indonesia.

Menurut pemiliknya Shuid Shawai, Leret Hill Homestay ada 5 unit kesemunya dengan 3 unit adalah chalet kayu ala rumah kampung yang menempatkan 1 katil Queen setiap satu.

Unit penginapan rumah batu dan chalet rumah kampung di Leret Hill Homestay di Selama, Perak.

Bagi unit batu ia menempatkan 2 unit dengan setiap satunya ada 2 katil Queen. Kesemua unit amat selesa dengan penyaman udara, bilik air yang selesa, kawasan yang luas dan suasana sekeliling yang menghijau.

Shuid berkata Leret Hill Homestay bermula pada tahun 2014 apabila beliau pada mulanya hanya membina satu unit rumah untuk berehat-rehat sekeluarga jika menghabiskan masa di kebunnya di kawasan berkenaan.

“Kemudian ada orang yang memberikan idea kepada saya untuk membuka satu homestay di kawasan berkenaan dan menambah unit bilik serta membuka ia untuk tempahan pengunjung yang datang ke Selama.

“Saya mula membina unit bilik di bangunan batu dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan dan saya mula jana pendapatan,” katanya.

Pada 2019, Leret Hill Homestay muncul dalam program Moh Kenei Perak di saluran TV3 membuatkan orang ramai menghubungi beliau untuk membuat tempahan dan homestay berkenaan tular serta menjadi sambutan.

Selepas itu, beliau membina 2 lagi chalet berbentuk rumah kayu yang mirip seperti rumah kampung.

Di homestay ini, ada dua tarikan yang paling awesome iaitu kolam jacuzi air panas dan kemudahan bilik sauna.

Kalau sekali tengok jacuzi itu, pasti anda akan tak tahan untuk habiskan masa di Leret Hill Homestay. Bukan itu sahaja, Leret Hill Homestay kini sudah ada sebuah kolam renang yang memang menyeronokkan. Berenang dalam kolam dalam kawasan kampung, anda boleh bayangkan ketenangan dia macam mana.

Jacuzi air panas dan bilik sauna yang ada di Leret Hill Homestay melengkapkan kemudahan menyeronokkan di Leret Hill Homestay di Selama, Perak.

Datang ke Selama, menginap di Leret Hill Homestay adalah satu pilihan yang anda tidak akan buat anda menyesal.

Dari homestay, Shuid juga boleh menyediakan kenderaan untuk anda pergi dari air terjun ke air terjun untuk mandi manda.

Naik van basah-basah pun tak apa buat Waterfall Hoping. Menginap di Leret Hill Homestay, habiskan masa di Selama dengan mandi air terjun dan mandi di kolam renang homestay itu, memang tak nak balik. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *