Letusan Gunung Berapi Semeru, Rumah Pak Roh Terselamat
1 min read
Inilah rumah yang terselamat dan tidak langsung mengalami kerosakan akibat debu panas dari letusan Gunung Berapi Semeru di Jawa Barat, Indonesia.
Baru-baru ini, pada Sabtu lepas Gunung Berapi Semeru yang terletak di Jawa Barat meletus kembali selepas hanya aktif selama satu tahun tiga hari dan letusan itu menyebabkan kerosakan agak teruk.
Letusan gunung berapi itu mengeluarkan lahar dan asap panas dan debu.
Selepas letusan pertama yang terjadi pada 4 Disember, ia meletus lagi kemudian pada Isnin. Dua letusan kali ini adalah letusan ketiga gunung berkenaan pada tahun ini. Menurut sejarah, Semeru pernah meletus lebih daripada 70 kali.
Laporan berita portal Liputan 6, letusan gunung berkenaan telah meragut 39 nyawa dan 13 orang lagi masih dicari. Kawasan perkampungan di daerah Sumanjang mengalami kerosakan dahsyat kerana tertimbus akibat debu yang dimuntahkan oleh Gunung Berapi Semeru.

Salah satu kawasan yang terjejas teruk adalah kawasan Kampung Renteng di Desa Sumberwuluh yang dikatakan terjejas teruk sehinggakan rumah-rumah yang ada disana tidak dapat didiami lagi kerana ditenggelami debu yang telah mengeras seakan-akan lumpur.
Namun, disebalik bencana berkenaan, difahamkan ada satu kejadian yang menjadi tanda tanya ramai dan sempat tular di media sosial kerana difahamkan terdapat sebuh rumah yang langsung tidak terjejas selain kelihatan bersih tanpa ada selut mahupun debu.
Rumah yang dimaksudkan ialah rumah kepunyaan Pak Roh yang tidak terusik sedikit pun.
Difahamkan Pak Roh ini seorang yang alim dan sering membuat amal ibadah seperti membaca Al-Quran dan sebagainya, oleh itu rumahnya kekal dalam keadaan selamat walaupun kelihatan rumah sebelah dan sekitarnya terjejas teruk.