December 9, 2023

Seorang Lelaki Di New Zealand Sanggup Dicucuk Vaksin Lebih 10 Kali Sehari Selepas Dibayar Berbuat Begitu

2 min read

 

Seorang lelaki di New Zealand sanggup menerima 10 suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari selepas dia dibayar untuk mendapatkan suntikan itu bagi orang lain.

New Zealand ketika ini sedang menuju ke arah mencapai tahap 90 peratus penduduknya menerima dua dos vaksin sebelum sambutan Krismas pada 25 Disember ini.

Negara itu juga sedang berdepan dengan sejumlah besar rakyatnya yang masih enggan menerima suntikan vaksin. Apabila enggan menerima suntikan, bagi mereka ada beberapa kekangan akan dialami dari segi menjalani kehidupan seharian berbanding orang yang sudah menerima vaksin.

Oleh sebab itu, ada orang yang sanggup membayar orang lain untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi pihak mereka hanya kerana mengelak dari dilarang melakukan beberapa perkara.

Ada orang yang sanggup dibayar sehingga sanggup disuntik sebanyak 10 suntikan dalam sehari ke dalam badan mereka.

Minggu lepas, portal berita New Zealand Stuff melaporkan satu kes di mana seorang lelaki yang tidak dikenali sudah disuntik sebanyak 10 kali dalam sehari bagi pihak orang lain. Kes itu terus mencetuskan siasatan oleh Kementerian Kesihatan New Zealand.

Lelaki berkenaan mengunjungi beberapa pusat pemberian vaksin di Auckland dan disuntik vaksin COVID-19 beberapa kali untuk mereka yang sudah membuat bayaran kepadanya.

Di New Zealand, seseorang boleh berjaya melakukan perkara ini kerana di sana untuk mendapatkan suntikan vaksin, anda tidak perlu menyerahkan kad pengenalan tetapi cukup sekadar memberitahu nama, tarikh lahir dan alamat.

“Warganegara New Zealand yang tidak mempunyai identiti berbentuk foto adalah mereka dalam golongan seperti gelandangan warga emas dan orang yang kurang upaya.

“Kami tidak mewajibkan untuk membuktikan identiti kerana tidak mahu ia menjadi halangan kepada mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin,” kata seorang jurucakap kempen vaksinasi New Zealand.

Walaupun tiada data dalam suntikan lebih daripada dua kali dihasilkan, namun pakar vaksin percaya lelaki itu tidak akan mengalami apa-apa kesan buruk.

Mereke berkemungkinn akan mengalami kesan sampingan yang agak teruk seperti demam panas, sakit kepala dan sakit-sakit badan.

“Kita tahu bahawa dos vaksin yang tinggi akan memberikan kesan sampingan yang biasa seperti demam panas dan sakit kepala,” kata Helen Petousis-Harris, Pakar Vaksin dari University of Auckland.

Sebelum ini, di New Zealand ada laporan ada percubaan untuk sekadar olok-olok mendapatkan suntikan tetapi tidak. Di Itali, ada lelaki cuba menggunakan tangan palsu diperbuat dari silikon untuk disuntik vaksin tetapi sebenarnya dia hanya mahu mendapatkan sijil vaksinasi sahaja. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *