May 30, 2023

Makan Sambil Rendam Kaki Di Sweet Fishs Cafe Penuh Dengan Ikan Koi

1 min read

 

Kalau di Malaysia kita ada tempat makan di dalam jeram yang sejuk dan anda boleh makan di situ sambil merendamkan kaki ke dalam sungai dengan deruan air yang sejuk.

Anda rasa ada tak tempat yang serupa tapi ia di dalam bangunan dan anda akan rendamkan kaki ke dalam air yang didalamnya ada Ikan Koi berenang-renang.

Sebuah kafe di Khanom, Thailand ialah sebuah kafe yang didalamnya dipenuhi air sedalam paras betis dan di dalam air dipenui dengan Ikan Koi Jepun bernama Sweet Fish Cafe.

Kafe ini tular pertama kali pada bulan lepas apabila satu video pendek viral di platform Reddit.

Selepas itu, ia tular dan dikongsikan beribu kali di Facebook dan Instagram serta ia turut diberikan liputan oleh agensi berita antarabangsa tetapi lokasi di mana terletaknya kafe itu tidak didedahkan.

Ada cakap-cakap mengatakan kafe berkenaan ada di Vietnam tetapi hasil carian di enjin carian Google mengatakan ia ada di Thailand.

Kafe berkenaan merupakan sebahagian dari Ton Than Resort and Spa, sebuah pusat peranginan popular yang sudah beropersi sejak 14 tahun lepas.

Menurut Pemiliknya Yosaphol Jitmung, Sweet Fishs Cafe dibuka sebagai satu besi berani untuk menarik pelancong datang ke situ ketika pandemik COVID-19.

Ia terbukti menjadi satu kejayaan menarik pengunjung ke sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *