September 26, 2023

Wanita Ini Minat Cacah Badan Dengan Tattoo Wajah Pembunuh Bersiri

2 min read

 

Seorang wanita sanggup membelanjakan £1,500 Pound Sterling (RM8407.45) semata-mata mahu mendapatkan tattoo wajah pembunuh bersiri dan dia tidak mempedulikan apa orang sekeliling berfikir tentangnya.

Wanita itu, Britnee Chamberlain, 28 tahun, sudah mencacah badannya dengan tattoo Ted Bundy dan pembunuh kanibal Jeffrey Dahmer. Dia kini sedang mengatur rancangan untuk mendapatkan tattoo wajah Jack The Ripper tidak lama lagi.

Memetik laporan portal Daily Star, Britnee secara berperingkat mengubah badannya menjadi kanvas tattoo wajah pembunuh termasuk kata-kata terkenal mereka.

Walaupun, harga untuk mendapatkannya agak mahal, memang menjadi minatnya yang sering mahu mendapatkan hasil seni yang aneh. Idea tattoo wajah pembunuh itu difikirkannya ketika usianya pada awal 20-an.

Katanya, pada mulanya dia bimbang tentang apa yang akan difikirkan oleh orang lain terhadapnya tetapi dia berasa bahawa dia takkan menahan dirinya daripada menjadi apa yang dia mahukan.

“Orang lain akan sentiasa ada pandangan mereka sendiri tetapi tiada siapa yang boleh menentukan bahawa pandangan mereka itu salah atau sebaliknya.

“Mendapatkan tattoo di tubuh saya adalah kemahuan saya secara peribadi, sama seperti orang lain ada tattoo gambar haiwan kesayangan, wajah pasangan tetapi saya mahu jadi berbeza,” katanya.

Britnee yang berasal dari Sydney, Australia mempunyai satu obsesi dengan pembunuh bersiri sehingga ia memberikan insiprasi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi forensik.

Dia terpesona dengan begitu banyak kerja jenayah yang dilakukan serta bagaimana fungsi minda si pembunuh menyumbang kepada perbuatannya itu.

Dia berkata, dia tidak menyokong apa perbuatan jenayah yang dilakukan sebaliknya dirinya terpanggil untuk mempelajari tentangnya.

Keluarganya pada awalnya terkejut dengan minatnya tetapi hanya membiarkan dirinya dengan kesukaannya.

Gambar tattoo yang ada dibadannya sebelum ini mengambil masa kira-kira 9 jam untuk disiapkan dan artis yang mencacah badannya bernama Daniel Wickham. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *