December 9, 2023

Letak Titik Noktah Segera Perbuatan Fitnah Perdana Menteri, Elok Bersama-Sama Hadapi Banjir

3 min read

 

Sepatutnya semua pihak bekerjasama membantu rakyat yang ditimpa musibah banjir namun berlainan pula dengan pihak Pakatan Harapan (PH). Mereka manipulasi kesusahan dan derita rakyat ini untuk memfitnah kerajaan terutamanya Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Mereka memuat naik video mangsa banjir mengadu tanpa mendapatkan penjelasan dari pihak yang terlibat. Ironinya video PM berjumpa mangsa juga cuba di”spin” semata-mata mahu memfitnah kerajaan.

Hakikatnya banjir teruk tersebut berlaku di negeri Selangor yang dikuasai PH. Ternyata kerajaan PH di Selangor gagal menangani isu banjir ini dengan sangat teruk.

Semua ini beroperasi dibawah arahan kerajaan negeri dan MB Selangor adalah pengerusinya. Semua jentera ini tidak akan bergerak tanpa arahan dari MB Selangor atau kerajaan negeri.

Macamana kerajaan Persekutuan mahu masuk bantu sedangkan negeri tidak memaklumkan keperluan bantuan atau tidak memohon kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan?

Bagi menutup kegagalan tersebut, pihak PH sedang berusaha sedaya upaya meletakkan semua kesalahan tersebut di bahu Perdana Menteri.

Antara siri fitnah yang dilemparkan kepada Perdana Menteri menuduh Kerajaan Persekutuan lambat mengagihkan bantuan padahal lokasi banjir yang lambat menerima bantuan ialah di negeri yang dikuasai PH. Lihatlah permainan mereka.

Untuk makluman, jika berlaku (bencana) di peringkat negeri, maksudnya kerajaan negeri Selangor melalui Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan mempengerusikan JPBN negeri (NADMA) dan mengambil alih semua agensi yang terbabit bertanggungjawab untuk menangani bencana banjir di Selangor. Kenapa PH mahu menyalahkan Perdana Menteri dalam perkara ini.

Peranan setiap agensi sudah digariskan sepenuhnya supaya tidak timbul isu kurangnya penyelarasan dalam kalangan agensi, malah termaktub dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Setiap daerah ada jawatankuasa bertindak bencana dimana dipengerusikan oleh DO atau Pegawai Daerah . Setiap negeri ada jawatankuasa bencana disemua PBT yang dipengerusikan oleh YDP Majlis Daerah.

Semua ini beroperasi dibawah arahan kerajaan negeri dan MB Selangor adalah pengerusinya. Semua jentera ini tidak akan bergerak tanpa arahan dari MB Selangor atau kerajaan negeri.

Macamana kerajaan Persekutuan mahu masuk bantu sedangkan negeri tidak memaklumkan keperluan bantuan atau tidak memohon kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan?

Bagi yang kurang faham berkenaan NADMA, ini ringkasan yang mudah untuk difahami.

Berikutan banjir besar tahun 2014, Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA ditubuhkan pada tahun 2015 semasa Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri bagi mengambil alih tanggung jawab pengurusan bencana alam dari MKN.

NADMA pun ditubuhkan melalui pindahan perjawatan dari bahagian pengurusan bencana MKN, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan dari Unit Pengurusan Pasca Banjir ICU.

Konsepnya serupa dengan Federal Emergency Management Agency (FEMA) di Amerika Syarikat sebab sebuah agensi pusat yang khusus dan fokus pada pengendalian pengurusan bencana adalah lebih efektif dan lebih bersedia untuk memberi respon yang laju.

Selaras dengan model ini, setiap negeri juga ada unit dan jawatan kuasa pengurusan bencana masing-masing yang diketuai kerajaan negeri. Jadi, ianya tidak betul untuk salahkan MKN pusat atau di peringkat negeri bagi pengurusan bencana banjir.

Dan ia juga tidak betul untuk tuduh NADMA tak memainkan peranan bagi bencana banjir. Nama pun Agensi Pengurusan BENCANA Negara.

Faktanya adalah tindakan kerajaan negeri Selangor yang menafikan tanggungjawab dalam pengurusan dan pencegahan banjir dan hanya mahu salahkan kerajaan pusat sahaja sesuatu yang sangat memalukan dan tidak bermoral.

Sepatutnya agensi-agensi dan kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk membantu Rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *