September 24, 2023

Sukarelawan Dan NGO, Jom Gotong-Royong Di Jelebu

1 min read

 

Parlimen Jelebu akan mengadakan Gotong Royong Perdana Keluarga Jelebu untuk membantu mangsa banjir membersihkan kawasan persekitaran rumah mereka selepas dilanda banjir sejak hujung minggu lepas.

Lima hari lepas seramai 25 orang dipindahkan dari Kampung Juntai selepas rumah kediaman mereka dinaiki air.

Kawasan di Jelebu yang terjejas teruk akibat banjir antaranya ialah di Jeram Toi yang merupakan sebuah destinasi pelancongan sebelum ini.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata habis semua kedai dan jalan raya di situ rosak.

Program gotong-royong ini akan diadakan pada 25 hingga 26 Disember 2021 nanti.

Ia akan bermula pada pukul 8.30 pagi dengan taklimat oleh Jalaluddin yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau turut menjemput kumpulan sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama menyertai program ini dengan membawa peralatan pembersihan sendiri.

Lokasi berkumpul ialah di sebelah Pasar Raya Mr DIY Kuala Klawang, Jelebu. Lokasi gotong-royong merangkumi seluruh kawasan Parlimen berkenaan.

Kumpulan sukarelawan atau NGO yang berminat dan mungkin tidak ada lokasi banjir untuk dibantu bolehlah datang dan menyertai program ini yang akan dijalankan ketika sambutan Hari Krismas ini.

Bagi memudahkan kerja menyelaras tugas dalam kumpulan semua pihak yang berminat menyertai gotong-royong diminta menghubungi dahulu pihak Penyelaras Program di talian 019-2829292 (Rijai) dan 013-6747278 (Nazari). – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *