Ini Ialah Televisyen Dengan Skrin Boleh Jilat Untuk Merasa Makanan
2 min read
Seorang wanita menjilat skrin televisyen yang dicipta dengan teknologi ia boleh mengeluarkan rasa makanan di skrinnya.
Negara Jepun seperti dikenali sebagai sebuah negara yang maju dan tamadun mereka sudah menjangkau ke satu tahap yang tinggi dengan teknologi yang begitu canggih sehingga kadangkala ia kelihatan aneh dan pelik.
Seorang profesor di Jepun kini sudah berjaya mencipta satu skrin televisyen boleh jilat yang dikatakan boleh mengeluarkan rasa makanan tertentu.
Model prototaip berkenaan yang diberi nama Dubbed Taste The TV (TTTV) dicipta oleh Homei Miyashita, seorang profesor di sebuah universiti berprestij, Universiti Meiji di Jepun.

Skrin televisyen yang dicipta itu memberikan satu pengalaman unik menonton televisyen dengan pelbagai sensasi berbeza.
Ia berfungsi dengan menyediakan 10 kanister perasa yang akan disembur untuk mengeluarkan pelbagai rasa makanan tertentu di atas sejenis permukaan di atas permukaan televisyen dan penonton boleh menjilatnya untuk merasainya.
Miyashita menurut laporan agensi berita Reuters berkata dia percaya teknologi itu akan membolehkan penonton berinteraksi sesama sendiri walaupun jarak jauh.
“Matlamatnya ialah untuk membolehkan orang merasai pengalaman seperti sedang memakan sesuatu di restoran yang berada jauh di negara lain dengan hanya duduk dengan selesa di rumah,” katanya.
Walaupun idea beliau dilihat agak pelik, Miyashita yakin bahawa teknologi itu ialah sebahagian daripada masa depan teknologi tamadun manusia. Beliau mahu penggunanya boleh memuat turun rasa makanan tertentu dari kanister perasa yang ada.
Beliau berkata jika ciptaannya Tasthe The TV dijual secara komersial kepada orang ramai ia akan memakan kos kira-kira AS$875 (RM3670.98) untuk dihasilkan.
Walaupun, ciptaan ini masih belum lagi berada di pasaran konsepnya mungkin boleh diterima dalam alam perniagaan makanan.
Ia mungkin boleh diletakkan di kedai pizza yang mana orang ramai boleh merasai rasa pizza berkenaan sebelum membelinya. – SEPATAH DUA