September 27, 2023

KKM Kesan 49 Lagi Kes Positif COVID-19 Dari Varian Omicron Di Malaysia

1 min read

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengadakan sidang media pagi ini berkenaan perkembangan jangkitan varian Omicron di Malaysia.

 

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 49 lagi kes positif COVID-19 yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC) Omicron, dengan satu daripadanya berkemungkinan daripada penularan tempatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata penularan tempatan itu dikesan di Sarawak membabitkan lelaki warganegara China yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan sudah bekerja di negeri berkenaan sejak tiga tahun lalu.

“Lelaki berkenaan menunjukkan gejala batuk sejak 13 Disember lalu dan melakukan ujian saringan COVID-19 lima hari kemudian sebelum disahkan positif COVID-19.

“Beliau kemudian dikuarantin di Pusat kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Hospital Umum Sarawak dan dikesan mempunyai varian Omicron.

“Beliau kini dalam keadaan stabil serta dua lagi kontak rapatnya membabitkan pemandu kenderaan serta seorang lagi adalah kontak sosial. Kedua-dua kontak rapat ini adalah negatif,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Beliau mengadakan sidang media hari ini pagi tadi melalui siaran langsung melalui platform media sosial Facebook. – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *